Thursday, November 18, 2010

kau buat penyakit ego aku hilang

dulu aku pernah
jatuh hati pada orang yang salah
zaman hingusan,semua nampak indah..
kisah zaman sekolah
dia kononnya yang paling bagus paling hebat paling top-of -the-list lah
tapi hampeh,he's the most annoying man i wish i never knew..menyampah!

pastu hati ni konon-kononnya sakit,konon-kononnya remuk
tapi padahal aku sendiri hingusan yg belum kenal apa erti semua itu
dik,cinta bukan macam tu dik..

kisah pertama dalam hidup terus jadikan aku manusia paling sukar jatuh cinta
sorry,kurang percaya ada lelaki yg berhati mulia
ada saja hati yg aku sakitkan..
tak mudah aku nak mengalah,mereka pula mudah sangat kalah
masa tu,aku ni perempuan bodoh..
tak reti nilai kaca dengan permata
jadi semua permata2 dipersenda
tak apa,belum masa untuk bercinta

lepas bangku sekolah
aku ingat aku dah matang
aku ingat aku mampu berjuang
aku pun beri hati..
cuba beri
jadi aku buka mata,buka telinga tapi rupanya masih tuli
kisah kedua sudah mari tapi..jadi lagi
kisah 'aku dia dan kamu'
aku..bodoh lagi


tamat sudah
aku fikir tamat sudah
aku MALAS-lah

haih-
datang pula beberapa yang kononnya mahu 'fill in the blank'
ooppss..silap langkah
aku bukan mudah menyerah

datang juga yang aku lihat sebagai sahabat
yang aku senang,aku ngam,aku santai,
aku seronok
lupa sakit2 dulu
kau memang best
tapi dalam bahasa mudahnya kau KAWAN aku
sorry aku tak mahu menipu

ego aku tebal
rasa sakit hati aku masih menebal

tiba tiba
datang dia yang aku sangka lihat aku sebagai KAWAN
dia datang aku tak sedar,aku tak cari
tapi dia datang dalam diam
mula-mula aku rasa kau misteri
aku pun jadi minat nak cari
makin lama aku rasa
kau boleh jadi sahabat
kau ada waktu aku susah,kau juga ada waktu aku sihat
lama lama
aku rasa kau dekat
kau jadi misteri,buat aku cari apa aku pada kau

dia datang sebagai kawan
kemudian dia buat aku percaya dia sahabatku
akhirnya dia berjaya buat aku rasa dia untuk aku

ego aku?
makin nipis
sakit hati aku?
aku lupa aku pernah sakit

rupanya dia memang cari aku
dan dia harap dia untuk aku
misteri terungkai
aku tahu apa mahu hatiku

sampai hari ini dari detik 7 oktober 2005
kau tahu aku milik kamu

dan kau
kaulah lelaki yang buat penyakit ego aku hilang




4 comments:

M.I.H said...

masa zaman hingusan??
tiang gol ekk??
hahahahaa

Jasmin Chenta said...

ko diam la bal..ceit!ko plak sape bal?aku ingt tau sape..haha

Limekopi said...

sweeeeeeeeeettttt..min, xsangka kamoo jiwa sastera jugak ye.. keep it up gurl.. hope kamoo dan dia bahagia hingga akhir hayat..

Anonymous said...

So sweet :')