Dari mata seseorang itu
Aku lihat ada sendu
Aku renung ada sepi
Dia ketawa tapi hati merintih
Dia senyum simpan seribu gundah..
Aku lihat pada wajahnya
Ada kekesalan,ada rasa rindu
Dia letih dinilai dan terus dibelenggu
Seseorang itu datang pada aku
Beri senyum dan kekuatannya pada aku
Walaupun dia sendiri masih cari erti bahagia..
Hatiku aku beri padanya
Aku mahu beri bahagia,aku mahu hapus lukanya
Sedikit pun dari riak wajahnya
Dia tidak pernah lahirkan sepi
Aku cuba beri cahaya padanya
Aku cuba mengerti sakitnya
Tapi cukupkah sekadar aku?
Dia penat dengan lumrah dunianya
Dalam ramai dia kosong
Dalam tangisnya tiada siapa peduli
Dulu mungkin dia leka,dulu mungkin dia lupa
Tapi kini dia cari erti hidupnya..
Seseorang yang aku sangat kagumi
Seseorang yang aku sangat cintai
Yang mampu aku beri cuma secebis hati
Yang mampu aku mohon agar Dia beri bahagia
Yang aku harap mereka beri kamu syurga
yang aku mahu cuma kebahagian kamu
dan cerita kita kekal dalam cinta
cinta,kamu punya aku
bahagialah kamu dalam cintaku..
No comments:
Post a Comment