Sunday, December 26, 2010

love of my life

no words could describe how thankful i am
Allah hantar awak pada saya..
Allah beri sayang awak pada saya

im happy and appreciate what u did for me all this while
the love is unconditional
and i try my best to give my best
nothing i could do compare to what u had give








thanks mama
u're my inspiration
i always hope i could give u the happiness
so that u feel the pain no more





thanks dear
u're my only hero
and i hope i could be the best girl in your life
the one who make u smile to your last breath


i <3 u both
and u know im nothing without you
my world crumble most of the time
but u never fail to cheer me up

Thursday, December 23, 2010

smile,



happy looks good on you ;)

Tuesday, December 14, 2010

saya senang hati

yea!!!

result dah keluar,no need to berdebar lagi
alhamdulillah maintain saja
takut jugak jatuh,last semester Tuhan je yang tahu i malas macamane
tapi syukran2 i tidak tersungkur ;)

n im off to cameron soon..
bukan suka-suka tapi for my FYP
sambil menyelam minom teh la..
dah alang2 nak pergi holiday bersama teman-teman terus!yipee!

mari release tension sbentar
sebelum dikerahkan ke lab start thesis!

tata for now!


Friday, December 10, 2010

d sixth sense

women are said to have six senses
a good instinct
and it is not a good thing sometimes
most of the time we become paranoid over nothing
and some of the time we missed-sense what we should
and sense it when it is already too late

its a gift
its a mystery
but it is always a tough decision whenever u try to listen to your so special sense
sometimes you wish you just dont have it
it cause you pain when you doubt over thing you though you know
it should be ignored sometimes this instinct
it could killed u sometimes this instinct

its too mysterious
that you always blinded by borders of reality and imagination
dont always trust it darlings
it make you sick

yes,trust your heart more,
but maybe you should work your brain more
it could kills..


Tuesday, December 7, 2010

insyaAllah

orang kate mendung tak semestinya hujan and
panas tak semestinya sampai ke petang
life is full of surprises

and u got to handle it tough!
be tough..be positive
only than u cud handle d surprises offered!

kenapa Allah bagi kita dugaan?
sebab manusia mudah terleka
if life is too easy,u whine for any imperfections
if life is too happy,u tend to forget that He owns u..n he's d one giving u d happiness

that is enough i guess for us to be positive when it comes to thinking of why we were sometimes given pain and problems..

i kadang2 lupa
mudah jugak leka
jadi bila terlalu suka Allah beri dugaan
ujian datang,untuk duga iman kita
kalau tak kita terlampau hanyut kan?

sebab tu tok penah kata..dugaan hanya datang untuk orang yang mampu hadapinya
cuba atasi dugaan tu dengan berdoa
sebab Dia saja tempat yang patut kita mengadu

itu buat i pikir positif
and sangat yakin sentiasa ada matahari selepas hujan
senyum dan terus ke depan lebih baik

bila kita ikhlas,Allah tahu
bila kita minta Dia bahagiakan kita
insyaAllah..Dia pasti bantu

;')

Monday, December 6, 2010

kita perlu berhijrah

lembaran baru

tutup buku lame kawan2..say hi to tahun baru
semoga kita semua diberkati dan dirahmati d tahun baru ini
berhijrahlah kita ke arah kebaikan
INSYAALLAH..

i doakan semuanya bertambah baik
sedih berganti suka
hine jadi mulia
dan benci jadi sayang
semoga Allah limpahkan kebahagiaan di dunia dan akhirat..aamin

SALAM MAAL HIJRAH

LOVE,
JASMIN FARHANA

Sunday, December 5, 2010

u're my parachute ;)

Thursday, November 25, 2010

boredom hits me

Jam sekarang menunjukkan jam 10.18pagi
ye.pagi..dan saye berseorangan di starbuck coffee hampir sejam
baru sejam tapi rase mcm FOREV-AH.




hari ni terpaksa teman my mum,got some matter to settle during noon so for now i have to like hangout here in maju junction..
kenapa maju junction yg sangat lame dan bosan ini?
kerana unfortunately my mum works here for Maju Holdings..ye,kenapalah mama bukan kerja kat pavillion or mid valley or ou..mesti duit i habis setiap hari kan

i was alone here,having caramel latte n surfing the net
sekarang sedang obviously bosan sebab itu mula mengarang
xikhlas pon menulis sbenarnya..haha

since cuti ni i sangat bohsan,job pon kurang pulak time cuti ni
mengada betul time tengah sebok kt shah alam ade je kena lari sane sini
bile duduk goyang kaki besarkan a** takda pulak orang nk hire si kurus kering ini

jadi hari2 masa dihabiskan nonton tv,makan,dan tengok ANTM dari first cycle..
kan bagus kalau rajin buat research mcm study ANTM..
tula kenapa Tyra Banks tak nak jadi lecturer kan i dah malas.
hari-hari itu je keja i,selain menjadi assistant kepada bibik i di rumah.
yes,itulah hakikatnya..dia mando i assistant T-T


harini kononnya yes,different thing to do for d day
but here i am..kebosanan

pastu hari2 i jadi orang yang macam ntah pape,rajin sangat update status kt fb
which is what i tak suka sangat before this,once per day is enough la kan
kadang2 tu ada orang yang macam every hour update..semak wall post i
sekarang i pun macam diorg tapi takla pathetic sampai every hour kan
cacat betul

pastu i main game-which is another kecacatan
i ni minat pulak main game?memang tak la kan
i kan SERIOUS..percaya?;p

tapi sekarang i terpaksa main game untuk elak bosan
kenapa i sangat menyedihkan sangat sekarang ni?

ok,sekarang i mcm dah tatau nak tulis ape sebab ada sorang aunty duduk belakang i macam ngah baca apa i tulis..dia pon tengah bosan kot

erk,i better write off
bye

p/s :BHAAHAHAHAHAAH i rasa annoying bila orang gelak cmni bile ym/im/fb-ing
whats with the BHA kt depan tu?


Thursday, November 18, 2010

kau buat penyakit ego aku hilang

dulu aku pernah
jatuh hati pada orang yang salah
zaman hingusan,semua nampak indah..
kisah zaman sekolah
dia kononnya yang paling bagus paling hebat paling top-of -the-list lah
tapi hampeh,he's the most annoying man i wish i never knew..menyampah!

pastu hati ni konon-kononnya sakit,konon-kononnya remuk
tapi padahal aku sendiri hingusan yg belum kenal apa erti semua itu
dik,cinta bukan macam tu dik..

kisah pertama dalam hidup terus jadikan aku manusia paling sukar jatuh cinta
sorry,kurang percaya ada lelaki yg berhati mulia
ada saja hati yg aku sakitkan..
tak mudah aku nak mengalah,mereka pula mudah sangat kalah
masa tu,aku ni perempuan bodoh..
tak reti nilai kaca dengan permata
jadi semua permata2 dipersenda
tak apa,belum masa untuk bercinta

lepas bangku sekolah
aku ingat aku dah matang
aku ingat aku mampu berjuang
aku pun beri hati..
cuba beri
jadi aku buka mata,buka telinga tapi rupanya masih tuli
kisah kedua sudah mari tapi..jadi lagi
kisah 'aku dia dan kamu'
aku..bodoh lagi


tamat sudah
aku fikir tamat sudah
aku MALAS-lah

haih-
datang pula beberapa yang kononnya mahu 'fill in the blank'
ooppss..silap langkah
aku bukan mudah menyerah

datang juga yang aku lihat sebagai sahabat
yang aku senang,aku ngam,aku santai,
aku seronok
lupa sakit2 dulu
kau memang best
tapi dalam bahasa mudahnya kau KAWAN aku
sorry aku tak mahu menipu

ego aku tebal
rasa sakit hati aku masih menebal

tiba tiba
datang dia yang aku sangka lihat aku sebagai KAWAN
dia datang aku tak sedar,aku tak cari
tapi dia datang dalam diam
mula-mula aku rasa kau misteri
aku pun jadi minat nak cari
makin lama aku rasa
kau boleh jadi sahabat
kau ada waktu aku susah,kau juga ada waktu aku sihat
lama lama
aku rasa kau dekat
kau jadi misteri,buat aku cari apa aku pada kau

dia datang sebagai kawan
kemudian dia buat aku percaya dia sahabatku
akhirnya dia berjaya buat aku rasa dia untuk aku

ego aku?
makin nipis
sakit hati aku?
aku lupa aku pernah sakit

rupanya dia memang cari aku
dan dia harap dia untuk aku
misteri terungkai
aku tahu apa mahu hatiku

sampai hari ini dari detik 7 oktober 2005
kau tahu aku milik kamu

dan kau
kaulah lelaki yang buat penyakit ego aku hilang




Wednesday, November 10, 2010

apa di atas G?

haa..title dah sgt annoying.
what's up evryone?lamanya tak menjengah blog buruk ni

ape berita terkini?i dah abes exaaaammmm!!!!dah boleh gelek2 plus guling2 la kan?
tapi TIDAAAKKKK
still ade fyp yg menanti dan memerlukan kegigihan di Lab sewaktu cuti..

AAARRRGGHHHHH..

takpe2,slagi rase rajin dan gigih itu tidak datang i decide untuk bersuka ria dulu..ehe

ok,btw..i have a blast off bday dis year
xdela happening mana tapi i rasa sangat bersyukur coz dapat sambut ngan orang2 tersayang

thanks mama for d lovely dinner
thanks dear for d gorgeous watch
thanks adik for d sweet card
n thanks all for d thoughtful wishes!

im flattered by some of the wishes..aawwwww*

n Alhamdulillah..on my birthday jugak,akhirnya masalah semua berakhir
betul cakap mama,satu hari Allah tunjukkan jugak kebenaran n surprisingly it was shown on birthday..
semoga orang itu sedar n nyesal ngan perbuatan dia
fitnah tu bahaya ye kwn2 makan diri sendiri juga akhirnya

haih,hidup da macam sinetron pulak rasa..banyak sangat watak ANTAGONIS ;p


but for now i feel great n relieved!!mari kita cuti!







Sunday, November 7, 2010

nothing would stop me from loving you

if there's one day..
when u start to forget my smile
when u start to forget how my voice sounded
when u start to forget i love to flip my hair when im not confident
when u start to forget how strange it feels without me
when u start to realize my laughter isn't the best medicine
when u start to forget how i love your hugs and kisses
when u start to regret you are my blanket when i caught cold
when u start to ignore what i hate most
when u start to stop dreaming bout me
when u start to be OK of my silence
when u start to feel bored of my sweet words


when u start to feel this way..
always remember

there is not even a way for me to forget u
there is not even a second which i leave u
there is not even a reason for me to stop loving u~

Monday, September 6, 2010

hai nama saya jasmin,saya suka hari raya

hai,nama saya jasmin..dah 150 juta kali bagitahu as if i sorang bernama jasmin kat dunia ni.
ok,sebab i teruja dan teruji nak raya..i nak buat entry ni,yang kononnya nak buktikan im so thrill to celebrate raya.
i memang macam ni..bila ada ape2 celebration i memang sangat heksaited,walaupun bukan raya.
sebab i suka menda yang meriah2,baju baru,bau makanan n berjalan-jalan ke rumah sanak saudara.

i pun rasa i macam makcik2,tapi since kecik i salu eksaited nak g umah sedara mara bila balik kampung..i suka bila orang sambut kita yang kononnya jauh di perantauan ni..eceh.
entah susah nak explain..but for me,sangat penting ye ikatan persaudaraan tu.

lagi satu, i memang suka raya sebab? i seronok tengok orang bergaya sini sane.i ni observer,suka tengok apa orang pakai..and i enjoy tengok orang happy melawa sana sini..its once a year kot.
since i ni tak ramai adek bradek,raya takda ar gempak sangat tapi sentiasa best ok.

haaa,lupa nak bgtau i suka raya sebab raya adalah reason paling kukuh untuk membeli belah..suma orang 'like this' cepat ;p
kalau takda raya,there's no solid reason to go n buy new clothes,shoes and etc..hari lain pun boleh shopping but shopping raya sentiasa yang paling gigih kan?

pastu ape lagi ye..lagu raya!sangat suka raya sebab time ni lagu-lagu raya memang on the top hit la.lagu raya memang evergreen n memang mood dia meriah kan so if dengar tu happy je even lagu dia ala2 sedey.
kalau dengar lagu raya time cny..tebiat kan?so sebab tu hanya hari raya yang sangat terbaek

hari raya pun special sangat because ada takbir..meruntun jiwa dan raga dengar takbir
this is like the best thing about raya

hari raya,hari raya..
i tau suma orang pun suka,tapi pelik ada jugak yang dah macam takda feeling nak raya
alah,chill la raya setahun sekali.rugi sangatla kalau tak suka.


hurm,last but not least..i rase semua orang pun setuju kalau i cakap raya sangat best sebab duit rayenya..
yang belum kerja memang rasa gatal tapak tangan la bila raya
tapi yang dah bekerja,haih..i tau dah start garu kepala
lagi2 kalau anak sedara dah bersusun berjela..haha

okla,
sempena hari raya ni
i merendahkan diri memohon ampun dan maaf if ade salah silap ye
selamat hari raya aidilfitri semua!;)

Saturday, September 4, 2010

% ketelusan

rahsia saya rahsia awak juga
rahsia awak,rahsia awak saja..
nice sangatla prinsip awak ni
saya perlu 100% telus
awak pula?__%
(sila isi tempat kosong dengan tulus)

Wednesday, August 4, 2010

i want to be nobody

saya hebat?
langsung tak
kadang2 rasa nak tinggalkan semua
lebih seronok hidup simple dan indah
macam nak lari..pergi pulau,pergi hutan atau terus pergi bulan
lebih tenang kan?

orang nampak hidup saya menarik
ada 'life' katanya
saya kerja depan kamera,saya belajar tinggi,
hidup saya exciting
tapi tu kata mereka.saya tak bangga

saya penat,saya lebih suka kalau saya jadi anak kampung
tak hidup di kuala lumpur yang semua orang kejarkan sesuatu
sesuatu yang mereka lupa cuma fana

saya ingat saya suka semua ini
tapi makin hari saya makin mahu lari
saya cuma mahu bahagia
saya tidak takut hilang duit atau populariti
saya takut hilang cinta dan keluarga
itu harta saya

Monday, August 2, 2010

benci.

benci sangat..
tapi harus sabar
letih sangat..
tapi harus kuat
tak suka dengan dusta,tak suka org berpura
tapi harus terus terima..
sampai satu saat hati ini sudah gelap dicemari dendam..
saat itu mungkin tak lagi rasa terbeban
tapi penuh kebencian..
mahukah mereka aku begitu?

untuk kau yang aku anggap bidadari,
kini kau kurang seri di mata ini
untuk kau yang tak sudah mahu menyakiti
kini kau lebih menyakitkan
untuk kau yang mahu rampas kebahagiaan
kini aku doakan agar Tuhan luruskan jalan

Friday, July 2, 2010

jasmin's idol

ok para pembaca sekalian
sekarang kita tngk sape pemenang jasmin's idol bg kategori MODEL
i adore mereka dr segi rupa n fashion sense..juga personality
kerana i juga ade tempias dlm bidang ini,mempunyai idola adelah perlu utk i make through it

ye,tanpa membuang masa
mari kite lihat top 10 model paling bertakhta d hati i



#10
JASLENE GONZALEZ


one of antm goddess
macam janice dickinson pulak die ni,
she has a strong features
i suke body language die dalam gambar


#9
ZAHNITA WILSON

this cutie pie is too cute to resist
suka sgt tengok dia,
She looks sweet yet she cud carry off sexy as well



#8
HEIDI KLUM


hot momma!
yes,she manage to look hot
eventhou while carrying her baby bump!
sukses mcm die?sape xnak wei


#7
NATALIA VODIANOVA

this russian beauty is the faces of
chanel,cK bla,bla,bla..
she has a purrfect pretty blue eyes!







#6
DEVON AOKI

HAIT!
botuah si cantek ini
sbb half japanese-half american
her uniqueness rocks d stages!


#5
GISELLE BUNCHEN



her golden brown wavy hair sgt cantik!
plus brazillian chicks mane yg x hot kan?
she's d richest model alive


#4

LILY COLE

OMG!org ke patong ni?
miss cole is one red headed yg berjaya
muka die vintage abes kot

#3
KATE MOSS


dia COOL kot
need i say more?
her fashion sense?
definitely what i adore!


# 2
TENGKU AZURA

sifuuuuuu!!!
yes she is..
to local models she is like d mentor
salute her!


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
n presenting to you
d iconic model


#1




TWIGGY!


remember her?
yes she's a legend
being in her 60s now dia masih menawan
dielah org yg menukar trend model kepada size 's'
syg die :)
she's d hottest twig eva!

















psst..tak setuju ngan carta ini?
takmengapa..that's y it is called jasmin's idol
not d everybody's idol ;)








Tuesday, June 29, 2010

24 ugly truth of tuan punya blog

1) tidak sikat rambot
2) tidak boleh tidur dalam kegelapan
3) suka jalan cepat
4) geli cicak n katak(sangat)
5) suka cakap sorry,kadang2 langgar meja pon say sorry kt meja T-T
6) kurus walaupun makan banyak (org ckp ini bagus tapi saye rase ini satu pembaziran)
7) suka senyum ngan sesape pun tapi nak say hi kadang2 sgt malu
8) malas nak amik lesen kereta
9) allergic dengan lelaki yg ckp besar
10) sgt low confident sbenarnye tp selalu sembunyikan
11) suka menyanyi dan pose depan cermin..erk
12) mudah menangis tapi kuat coverline
13) tak boleh nampak hair salon,mesti nak masuk
14) mudah terpengaruh dengan iklan
15) tak boleh nampak kedai kasut
16) pernah lari dari klinik gigi
17) pernah nyorok dalam tandas masa kindergarten,takut kena cucuk!
18) takut naik monorail
19) masa kecik takut dengan clown sebab cerita puppet master
20) boleh makan 1 bar chocolate tanpa rasa bersalah
21) tak suka bau hospital
22) masuk hospital mesti cari rumah mayat tingkat berapa sebab takut tersesat lalu kat sana
23) sgt kuat berangan ye
24) suka menulis tapi malas hapdet blog!

Tuesday, June 8, 2010

'bila awak dah lulus nanti,awak boleh sarungkan cincin tu kat jari manis saya'

'bila cinta kini xlagi bermakna..yg kurasa kini hanyalah nestapa'~..
ha sudah..nyanyi2 pulak da..dahla malas update blog,pastu tetibe muncul nyanyi2..

i ngah fanatik ni..asik terdengar2 lagu ni.



LAGENDA BUDAK SETAN!!


memang sedey..i da tengok movie ni n dengan tak malunya nak gtau i nak tengok lagi la..ada orang ckp movie ni too slow,n for those yg gila fanatic novel,diorang tak puas hati coz tak semua scene dalam novel ada kat filem..tamak kan?atleast bersyukur ada org sanggup nak buat movie ni untuk korang feeling2..

i pon gila jugak LBS ni,novel da bace few times and my rating for dis movie - 4 stars.
i rasa cerita ni lagi best if local director yg direct,just my opinion
tapi xrugi tengok,seriously the cinematography was superb and dis movie had actually made me cried eventhough i pegi tengok ramai2.MALU!
dahla rombongan yg pergi tu sume masuk air,tapi diorang pun macam sebak semacam dalam wayang..muka je ganas rupanya der,dalam hati ada taman..haha

and for me n ijan,kitorang mmg nak sangat tengok..best jugak g layan movie ngan boboi,panpan,nabyl,amil,abg j,n naim, sebengong2 diorang tu memang diorang sporting la nak layan cita leleh2 ni.Afta da movie,masing2 ckp nak kawin ngan lisa surihani,what the la kan..haha

for those yang belom tengok,pegila tengok..then baru u tau u suka ke tak.for me,i super like LBS!
so memang layan abesla dis movie

congrats to ahadiat akasyah for writing such a beautiful novel
and congrats to sharad sharan for realizing it into a love epic of the year(as some people said)

for the cast..they did a good job! =)
tamo cakap byk,pegi tengok sendiri movie ni

Thursday, April 22, 2010

aliens invaded Sunway piramid


breaking news!!
sile berhati2 keluar umah

ade alien invade malaysia..
ye!mcm JIDIN!
walaupun nampak mcm bertatasusila dan lemah gemalai..
mereka mungkin membahayakan..
a picture of two of d aliens was accidentally taken at Sunway Piramid last Saturday
mereka siap pose kt camera..bahaye kan?

caution : d picture below munkin tidak sesuai untuk mereka yg lemah jantung

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

takot kan?lg2 yg berambot kembang..rase nk campak kasot kt dia

Tuesday, April 20, 2010

im not a mannequin

final exam is just around d corner..
im still here stuck in front of the lappy hoping for a 'tamparan kesedaran tahap gaban' from anyone to bring me back into reality..
its just u know..i need a warm-up!

so,thought of merungkai seribu kesah dlm blog ini..

its not really a kesah..but i suddenly kesah with this thing..
is it me yg tetibe emo or sensitive semacam or is it people around me yg telah mem-pepatungkan i?

okeh,i bukan nak emo2,curse2 or meracau..i just rasa gatal nak tulis on this..

recently,i jadi sgt emo dgn owg sekeliling i..yg sesuka hati mereka cakap apa mereka suka without pikir bout what i feel..baek,i mmg selalu konon2 neutral..i susah nak marah,i tak amik hati tapi..tapi..i da sampai satu tahap where i think i dah xnak jadi diri i yang begitu easy going itu..

i memg sgt open bila ngan my mum and ijan saje..meaning,they're d one yg i akan cakap ape i xpuas ati or ape i xsuka..
but dgn d rest of people i dont have the heart to, sbb i rasa they all dah terbiasa dgn fenomena 'jasmin tidak kesah,die sgt lembot dan dia takkan marah' which now i think its not who i wanna be..bukan i tak suka org kata i baek n easy going tapi i xsuka org gunakan i punye 'easiness' tu untuk pijak and hurt my feelings..

get it?

i dah rimas org suka2 hati nak buat apa kt i
i dah penat org pijak kepala i
i dah benci org gurau sampai xpikir ati i..

all this while,i never take things seriously as others do..org laen maybe da ngamok,merajok tapi i simpan saja..yg jadi tempat i cita,ijan jugak..tak ke sengal tu,ingat ni lagu ku pendam sebuah duka apa..
so i macam nak cuba ubah diri i yg nampak fragile sgt ni tu someone firmer..bukan nak change totally tapi if i tak peduli pasal apa hati i rasa sapa lagi nak peduli..

penat jaga hati orang..
mari jaga hati sendiri pula..

sometimes kita kena dengar apa hati kita kata jugak walaupun otak kte bg warning yg apa kita buat ni kurang bijak..tapi bila hati da berkata2,cuba untuk faham..kita je boleh ubat sakit kat hati kita tu kan?

im just a human being,i got feelings too..

Friday, April 9, 2010

kalo da dasar pemalas

ni blog sape ni?
hampir x kenal blog sendiri..
lame gile tak jenguk,ni plak nk hapdet kan..

lately been very3 busy..semester ini kill,kill,kill,die,die,die..
assignment,lab report berkati-kati..kalau jual kat uncle surat khabar lame,boleh buat duit beli aisyklem..heh!

kalau tulis report pun kurang gigih,ape tah lagi nk hapdet blog..

baek,in this few months..dis is what had happened

- birthday suprise for ijan,karaoke sampai lebam..
thanks to kawan2,umi emma and ami syah yang bergotong royong untuk majlis ini ;p

- my bff kawen
da kawen dah cik sharina..happy 4u my dear!;)


ini bukan untuk promosi,sudah bergelar puan

- shooting mandarin
ceh mcm hebat je,macam i dapat offer blakon cite cina kan..no,its for 3rd language..ni la satu2 assignment yg seronok k

-yang laen?xpenting,xmenarik dan xberbaloi untuk cerita

nanti if rajin i cerita lain,tapi sekarang i memang sangat malas..
if ada awards blogger paling malas..sila bagi i

Sunday, February 28, 2010

old RM 1 note for SALE - Kuala Lumpur, Malaysia - My-mudah.Com - Malaysia Tradingplace - FREE Community ads/classifieds Services

old RM 1 note for SALE - Kuala Lumpur, Malaysia - My-mudah.Com - Malaysia Tradingplace - FREE Community ads/classifieds Services





for those who collect old notes.. this rm1 note is very valuable for me since i found it at my late grandma's house in Kuala Muda,Kedah right after the event of tsunami.

i had kept this note with me for 2years and never thought of letting it go till now..

hand it down to you for RM 1400..negotiable do contact me to negotiate the price

FARIZAL -0194762809

Friday, February 19, 2010

our endangered lives

Ok,sekarang kita semua kena always alert..hidup dah tak as fairytale as dulu..Malaysia dah tak seberapa aman damai kan?hari-hari,ada je yang kena rompak kena rogol kena ragut kena bunuh..sumpah takot!

Sekarang dah tak kira gender whether u’re a man or a woman.Siapa2 boleh kena, that’s the problem..dulu,If tak secure jalan sorang2 ,hangout ramai2 or keluar dengan boyfriend should be safer..tapi sekarang lantak kau la 2 orang ke,ada lelaki ke..bahaya wei bahaya..

ada je kot couple kena rompak,ada je 2,3 orang kena culik and rogol serentak..korang jangan ingat boyfriend korang tu gagah sangat nak lawan if dah satu van datang rompak korang.

man, this world is seriously getting even worser!

Entahla..i pon tak tahu,undang2 Malaysia ni macam too easy and loose ke yang mangkuk2 ayun ni semua samseng semacam?kalau rompak amik duit je takpa,tapi sekarang ni trend ok..tak bunuh or rogol tak sah..gila hanjeng perangai,apela ko nak kan.dont ever call them human,they are beast!!

Now,I dah jadi sangat takot nak baca paper bila dimomok-momokkan ngan cerita macam ni.Ada yang penggal kepala ayah,ada yang rogol nenek.

Malaysian bukan makin produktif tapi makin gila.

Lagi kejam,ada pulak orang2 kurang cerdik yang buang anak sendiri.I tak paham betul la,if rasa tak nak anak tu letakla kat tempat2 yang sesuai,bagi kat rumah anak yatim..ni tak,letak dlm tong sampah,dalam semak.For the sake of saving themselves dari pihak berkuasa sanggup diorang buang anak camtu..ada yang bakar pulak tu!hey,itu anak manusia bukan anak patung..

they are heartless.

Rasa tak safe je nak pergi mana2 sekarang,tapi if duduk dalam rumah pun tak safe jugak..ada je rumah kena pecah masuk. Just imagine u guys tengah tidur mimpi baek punya mana nak sedar kan if ada alien invade rumah , maybe if tersedar kita boleh buat2 tidur dan tak sedarkan diri to avoid diorang buat pape kat kita tapi perompak sekarang ni sangat kejam..maybe diorang yang akan kejut korang and biar korang mimpi selama-lamanya,harus ingat itu.

So we better watch out,jangan amik ringan semua menda..

Small action that might save your lives..

1) Sentiasa make sure hp anda dalam keadaan sedia..

tak paham?apa kata buang habit off hp masa tidur,walaupun charge..memangla tak nak bagi phone rosak,tak nak orang kacau time tidor tapi kan pernah terfikir tak korang sangat2 perlu gune phone tu untuk emergency?korang ingat korang sempat nak hegeh2 on phone bila dalam keadaan cemas?Sama jugak bila keluar,make sure phone korang tak tamat perkhidmatan and bateri full.Kalau boleh letak number polis kat speed dial..

2) Sentiasa ada emergency plan dalam kepala..

Dari korang berangan bukan2 sebelum tidur baik korang plan siap2,if ada orang pecah rumah and korang sedar it would be good if korang ada escape and survival plan..Mungkin patut tonton home alone sekarang

3) Sentiasa lock pintu kereta

Even bila berhenti kat petrol pump,kat bank..lock pintu kereta!!before keluar if ada someone dalam kereta ask them to do so.Ni tak,bawak 7 series,tinggal anak dalam kereta unlock.Jangan nangisla if ada orang aim kereta kamu ye.

4) Sentiasa alert bila jalan sorang2

Dah nama jalan sorang2,be your own guard..handbag make sure hold tightly,and tolonglah jangan melenggang kangkung bila jalan.Jalan dengan speed maximum especially if kawasan sunyi.To parents,pleasela jangan bagi your kids merewang sana sini.Lupakan nak mendidik anak jadi independence di zaman jahilliyah ni..please we don’t want another nurin jazlin.

Ada banyak lagi,nanti I sambung..you better be pessimistic when it comes to your safety.

Jangan take things for granted.

Wednesday, February 17, 2010

sifat malas menulis melahirkan entry ntah pape

'duh..kenapa kau malas sgt nk tulis?kau pigi buang jela blog kau yg tak seberapa ni..,'kata syaitan di dlm hati.

sememangnya i sangat malas nk hapdet..urgh,like nothing sparkle happened here to share.
hmm,nmpak sangat i ni tak exciting dan bersemangat orangnya..

tulis pasal my holiday?
valentine?i xsambut,dose..
chinese new year,pun tak tapi i suka sebab cutiiiii..
1st day of cny..i macam nk tutup semua rongga badan ngan kapas.jiran i chinese,mereka sgt gembira sehingga bermain mercun tidak mengira waktu..
pukul 5 pagi i tell u!ouh mak kau meletop!
...memang cara terbaik untuk kejut orang bangun smayang subuh..terima kasih
aunty,lain kali before you all letup2 cubala rasuah i ngan ang pau ke limau ke baru i redhakan je korang nak gedegang sana sini..

dengar-dengar tahun ni warna merah ada ong wo
ouh ya..i baru perasan secara kebetulan i pakai baju warna merah untuk 1st and 2nd day of cny..
tidak disengajakan...dan tak baik percaya

what's more about my cny holiday?
- adopt a siamese cat from spca..called her pinky
- bakal ipar duai ehhem datang rumah,bukan chinese je wat open house i pun open house gak;p
- kening i kne cantas mase photoshoot rapi,sedih ok..muka garang

ouh ya,sebelum i lupa..
xinnian kuaile everyone

kalau rase entry ni mengarot,sile rujuk title

Friday, January 29, 2010

kemunculan tidak dinantikan

sudah lama tidak jenguk ke blok ini..ye blog.
dah hilang idea untuk menulis la...malas amat!

dah masuk semester baru..ouh,suka dan heksaiting!!(percaya ke?)
sem ni takda apa2 yg menarik tapi schedule pack tak hengat..tak tahu la,selalunya jadual menyayangi kami..tapi sem ni,haih!bayangkan you all,kelas berderet dari pagi sampai ke malam..i tahu UiTM mesti selalu dihatiku,tapi now everyday spend am to pm kat fac.sungguh berdedikasi dan sayang pada UiTM kan..tau takpe..

namun begitu,i rasa subjects this sem agak menarik!kali ni i tak tipu dan harus percaya..ya,i tried to motivate myself ni eventhough kena spend time kat lab almost 5 hours,belajar theory mentah tanpa calculation sehingga malam buta,coba dan terus coba menyerap ilmu entrepreneur berjaya,mengarang lab report dan last but not least,belajar menulis tulisan cina yang juga memerlukan kesabaran yang power T-T

haaaaaaaaaih..*mengeluh panjang

macamlah i sorang je yang sibuk kan..nak buat camna,haruslah redha nak menempuh 3sem lagi.walaupun i cakap i redha,i tetap jugak membebel dan terus membebel kat sini..

ouh,perempuan ini memang seorang whiner bukan winner
jadi terima sajalah ye